Acar Rampai istimewa

0 comments



Bahan-bahan
1 biji timun
1 batang lobak merah
2 biji cili hijau dipotong sepanjang 1 inci
2 biji cili merah dipotong sepanjang 1 inci
10 ulas bawang merah
1 sudu sedang serbuk kunyit
5 sudu sedang cuka
1 biji bawang besar dimayang memanjang
1 sudu besar bijan
1/2 inci halia dimayang
Garam dan gula secukup rasa


Cara Membuatnya
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk kemudian tumiskan bawang merah sebiji-sebiji bersama bawang besar serta halia yang telah dimayang.
2. Kemudian masukkan cili, timun dan lobak merah yang telah dipotong.
3. Tuangkan cuka, garam, gula dan serbuk kunyit secukupnya sambil digaul hingga sama rata.
4. Setelah masak bolehlah diangkat tapi janganlah dibiarkan terlalu lama kerana takut timun dan lobak merah menjadi terlalu lembik.

Sumber : Resepi Tradisional Keluarga
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Acar Rampai istimewa"

Post a Comment