Sunday, May 9, 2010 at 9:30 PM
| |
| Ramai tahu bahawa lobak merah bagus untuk mengekalkan kesihatan mata. Ini kerana ia kaya dengan vitamin A. Vitamin ini sangat diperlukan oleh tisu badan untuk pelbagai fungsi. Salah satu daripadanya adalah untuk membina pigmen bagi penglihatan yang baik pada waktu malam. Walau bagaimanapun memakan lobak semata-mata tidak akan menghalang anda daripada memakai cermin mata. Namun kekurangan vitamin A akan merosakkan penglihatan anda. Selain daripada lobak, sayuran hijau dan merah juga kaya dengan vitamin A. Sebagai sayuran berakar, lobak merah boleh dimakan secara mentah mahupun dimasak. Khasiat paling ampuh di dalam lobak merah sudah temtunya betakaroten yang mana berfungsi memberikan warna oren kepadanya. Betakaroten diketahui mempunyai khasiat yang tinggi terhadap kesihatan. Lobak merah juga kaya dengan serat diet, antioksidan dan mineral.
JUS LOBAK
Ini juga adalah antara cara paling sihat untuk menikmati lobak. Jika anda ingin mencampurkan susu, gunakan susu rendah lemak berbanding susu skim atau susu pekat manis. Walaupun ia bagus, jus ini tidak boleh diamalkan selalu kerana ia berpotensi untuk menambahkan berat badan.
KEK LOBAK MERAH Ini adalah antara kek yang paling popular dan digemari ramai. Anda sendiri boleh menghasilkan kek ini mengikut resepi yang sihat. Pilihlah lobak yang segar dan gunakan bahan-bahan yang lebih menyihatkan, misalnya mentega kurang lemak dan gula perang. Kurangkan penggunaan minyak dan bataskan juga pengambilan kek ini.
PURI LOBAK Selain berguna untuk masakan, puri lobak juga adalah makanan yang bagus untuk bayi. Khasiatnya begitu tinggi dan cara pengambilannya juga sangat mudah kerana sudah melalui proses menjadikannya lebih lumat. Lobak merah mempunyai rasa lemak dan sedikit manis. Jika anda ingin menyediakannya sendiri awasi penambahan gula terlebih dahulu.
SAYUR CAMPUR Selain jagung dan kacang pea, lobak merah adalah juga antara sayur paling banyak digunakan sebagai bahan sayur campur. Oleh sebab ia sudah melalui proses pembekuan, sayur campur ini perlu disimpan beku. Sebaiknya, lakukan proses nyahbeku kurang dari 30 minit untuk mengekalkan kesegarannya. Sayur campur ini sesuai digunakan sebagai rencah untuk nasi goreng, pizza dan pai. Lebihkan penggunaan sayur campur khususnya lobak merah kerana ia terbukti bagus untuk membantu anda mengamalkan diet sihat. |
If you like this post, please share it!
No Response to "Khasiat Lobak Merah, baik untuk kesihatan"
Post a Comment